Salam ukhuwah semua.
Melihat kepada perkembangan hartanah kini, ramai dikalangan kita mengeluh dengan harga rumah yang semakin mustahil untuk dimiliki. Pelbagai pihak sedang berusaha mencari jalan bagi menangani permasalahan ini namun kenaikan tersebut tidak dapat halang. Kenaikan ini bukanlah disebabkan pemaju yang mengejar keuntungan semata-mata tetapi faktor luaran yang memaksa pemaju menaikkan harga hartanah yang hendak dijual. Sebenarnya pemaju juga mengalami masalah jika menjual pada harga yang tinggi. Ini kerana banyak pinjaman pembeli yang ditolak akibat tidak menepati had kelayakan pinjaman. Kesannya, banyak pemaju yang gulung tikar dan banyak juga projek-projek menjadi terbengkalai akibat daripada tiada pembeli.
Sebagai salah satu langkah bagi membantu kita untuk memiliki atau membina rumah ini adalah dengan wujudnya PEMBINAAN RUMAH MENGGUNAKAN KAEDAH IBS. Sebenarnya kaedah IBS ini telah banyak digunakan di luar negara namun di Malaysia ianya baru diperkenalkan. Kaedah ini dilihat dapat menjimatkan kos sehingga 35%. Salah satu produk dibawah kaedah IBS ini adalah BATALEGO.
APAKAH KEBAIKAN BINA RUMAH DENGAN BATALEGO.
1. KEKUATAN
1. KEKUATAN
* BATALEGO lebih tahan daripada batu-bata biasa.
* Ia mengandungi beberapa elemen campuran bahan dan dimampatkan.
* Berat 1 biji BATALEGO dalam 5kg tu.
* BATALEGO dipasang di atas permukaan asas yang rata.
* Pemasangannya seperti kita pasang permainan LEGO je.
* Permukaan bata yang halus menjadikan bata tersebut tak perlu diplaster. kalau plaster pun akan jadi lagi tak cantik nanti.
* Rumah yang dibina dengan BATALEGO ni nampak cantik.
4. MACAM-MACAM BENTUK DAN KEGUNAAN
* BATALEGO ni dibuat bukan 1 bentuk sahaja, ia ada macam-
macam bentuk ikut keperluan. Contohnya dia ada bata bentuk
sesiku juga. Ada juga bentuknya khas untuk bim sahaja atau
untuk tiang sahaja dan lain-lain....
5. PENGAWAL SUHU
* BATALEGO ni direka ada lubang ditengah. Ia bertujuan untuk menyimpan udara di dalam dinding jadi rumah kita nanti akan lebih sejuk dan segar je....
6. JIMAT KOS
* Bahannya bersifat pasang siap dan tak perlu plaster.
* Dapat jimat banyak dekat, penggunaan simen, pasir & upah pekerja kerana tempoh pembinaannya cepat.
* Nak cat pun mudah, tak perlu under coat dulu. Sebabnya BATALEGO ni padat & keras.
* Dapat jimatkan elektrik sebab suhu dalam rumah rendah (sejuk).
Disini ada beberapa design yang menarik dan pastinya harga yang mampu milik. Jika berminat atau ingin maklumat lanjut boleh klik di bit.ly/borangminat