Selain daripada itu ianya menjadi tanggungjawab kepada pihak kami sebagai sebuah syarikat pemaju bumiputera untuk bersaing dengan bangsa lain. Pembangunan projek ini juga dapat menaikkan nilai tambah hartanah kawasan ini. Selain daripada itu projek ini akan memberi peluang kepada golongan pertengahan bumiputera dan Islam membeli dan memiliki aset hartanah dengan harga mampu milik.
Ianya juga dapat menambahkan jumlah penduduk baru di kawasan berkenaan secara tidak langsung. Usahasama projek ini dijangka dapat menjana pendapatan syarikat dan pemilik tanah sekaligus menaiktaraf ekonomi.