LOT BANGLO MAMPU MILIK

   

 Konsep pembangunan lot-lot banglo mampu milik amat sesuai dan menjadi alternatif utama ketika ini. Ianya amat popular di kalangan  penduduk Banting, Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi, Sg Merab, Dengkil, Jenderam dan persekitarannya. Perkembangan pesat pembangunan Shah Alam, Klia, Putrajaya, Cyberjaya dan Lembah Klang 2, mempengaruhi peratusan permintaan rumah kediaman.

Selain daripada itu  ianya menjadi tanggungjawab  kepada pihak kami sebagai sebuah syarikat pemaju bumiputera untuk bersaing dengan bangsa lain. Pembangunan projek ini juga dapat menaikkan nilai tambah hartanah kawasan ini. Selain daripada itu  projek ini akan memberi peluang kepada golongan pertengahan bumiputera  dan Islam membeli dan memiliki aset hartanah dengan harga mampu milik.

Ianya juga dapat  menambahkan  jumlah penduduk baru di kawasan berkenaan secara tidak langsung. Usahasama projek ini dijangka dapat menjana pendapatan syarikat dan pemilik tanah sekaligus menaiktaraf ekonomi.